Archive for November 26th, 2009

Terima Kasih

Macam biasa, entry aku biasa ditulis dengan keadaan terlewat. Sudah sebulan lebih aku bergelar suami, baru la aku ada kesempatan nak tulis entry “Terima Kasih” ni.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua kawan-kawan yang banyak wish aku sempena perkahwinan aku sebulan lepas. Banyak sangat ucapan. Dekat twitter, Facebook, YM, SMS dan merata-ratalah. Terima kasih banyak. Aku tak sempat nak reply satu sebab banyak sangat. Terima kasih juga pada QueenLyana, Yonna dan Megat yang siap buat entry khas ucapan selamat pengantin baru. Megat siap letak nama penuh aku lagi tu. Haha. Kalau ada sesiapa yang buat entry khas, tapi aku tak perasan, aku minta maaf. Mungkin boleh tinggalkan komen kat sini dengan link sekali dan aku akan update entry ni. :)

dalam keta

17 Oktober 2009, majlis resepsi di Seremban. Terima kasih pada kawan baik wife aku, Fareeza & Didie. Sentiasa menemani wife aku dari hari pernikahan sampai la waktu menuju ke dewan untuk majlis. Kalau 2 orang ni tak ada, agak susah gak la kita orang. Tak pasal-pasal pulak pengantin kena drive sendiri pergi majlis. Haha.

with Fareeza & Didie

Ada juga kawan-kawan aku yang datang ke majlis di Seremban. Tapi tak ramai. Special case. Hehe. Thanks banyak-banyak pada Sham Hardy dan wife, kawan-kawan APL (hanya kita saja yang tau. Haha), Sob dan husband (Selamat Pengantin Baru!) dan err.. itu je kot? Ada yang aku terlupa ke?

Seminggu lepas tu, 25 Oktober 2009, Majlis resepsi di Segamat pula. Sangat-sangat teruja dan berterima kasih pada Pakatan Khariah Taman aku sebab menolong dari semua segi untuk persiapan dan perjalanan majlis. Boleh kata hampir SEMUA diuruskan oleh mereka.

rewang

Terima kasih pada kawan-kawan yang datang. Aku tak pasti siapa yang datang sebelum dan semasa aku bersanding. Apa yang aku ingat, Ikoko dan suami datang ke rumah bersanggah sebab nak jumpa aku. Terima kasih dan aku mintak maaf sangat-sangat sebab tak kenal dan tanya secara direct ya, ikoko. Yalah, tak pernah jumpa. Lebih-lebih lagi aku susah nak ingat muka orang. Hehe.

kek kahwin Geek

Masa aku bersanding, aku perasan beberapa orang kawan. Nashreq, Syaff (satu keluarga datang), Fadhli, Alif dan Azreena. Terima kasih banyak-banyak sebab datang. Sahabat aku pulak, Skipskool sampai lepas bersanding. Geng-geng Aflexian sampai masa aku tengah makan beradap. All the way from KL. Thanks a lot! Dan antara tetamu terakhir yang sampai tak lain si Syafrin, Anot dan Bell. Tahniah Anot sebab berjaya berpura-pura kecewa tidak dapat menjadi pengantin perempuan di depan mak aku sampai dia rasa bersalah. Sangat sengal lakonan mu. Oh ya, kalau tak silap aku ternampak 2 orang kawan sekolah aku, Mawar dan Huda datang masa aku tengah bersanding.

aflexian anot dan bell

Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Terima kasih kerana datang dan memeriahkan majlis aku. Terima kasih pada yang memberi ucapan yang berkoyan-koyan. Terima kasih banyak-banyak.

P/s : Kepada semua blogger yang letak button link ke blog ni, sila buang button tu. Just text link je. I`ll do something to put back all the link kat blog ni. Thanks!

P/p/s : Aku nak kurangkan hal peribadi di blog ni. Hal peribadi cerita saja di Kay@kronikus. ;)

The Zestful IcedNyior
Ariff Shah
Wazy84