Archive for June 1st, 2009

Apa rasionalnya?

Tiba-tiba aku teringat pada seorang rakan sekelas semasa tingkatan 4. Apa khabar agaknya? Sejak aku berpindah ke sekolah lain (penghujung tahun ketika tingkatan 4), aku tidak lagi dapat menghubungi dia. Ya, seorang perempuan. Seorang kawan rapat yang saling berkongsi masalah hidup di hostel (tidak lebih dari itu).

Beberapa bulan selepas aku berpindah, aku pernah cuba hubungi no telefon yang pernah dia beri pada aku. Seorang wanita dewasa menjawab panggilan aku. Yang aku dapat hanyalah jawapan pendek, “tak ada” dengan nada yang agak tinggi dan diikuti dengan bunyi telefon di hempas. Aku pasti yang menjawab adalah ibu kepada kawan aku dan aku tahu ibu bapa kawan aku tidak membenarkan anaknya berkawan dengan lelaki.

Ini bukan pertama kali aku berdepan dengan situasi begini. Sudah banyak kali sebenarnya. Tapi baru sekarang aku terfikir, apa rasionalnya? Kenapa agaknya ibu bapa ini menghalang anak perempuan mereka untuk berkawan dengan lelaki?  Aku tahu dalam islam menyuruh membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tapi tidakkah tindakkan untuk menghalang anak dari bergaul semasa zaman persekolahan agak keterlaluan? Bukanlah maksud aku bergaul terlampau bebas, tapi ada batasnya. Lagipun, lumrah manusia, makin di tegah, makin dibuat. Bukankah lebih elok jika benda seperti ini di tangani dengan lebih “halus” seperti pendekatan psikologi?

Sekarang, aku sedang berfikir, bagaimana caranya untuk aku menghubungi rakan aku yang seorang ini untuk memberi jemputan ke majlis perkahwinan aku nanti.

P/s : Aku menanti pendapat kalian, terutama yang dah ada anak dan menggunakan pendekatan seperti ini.

The Zestful IcedNyior
Wazy84
Ariff Shah