Seminggu lalu, ada seorang pengunjung blog yang menggunakan nick “still lonely” mengajukan satu persoalan cinta pada aku di ruang komen. Mungkin dia masuk ke sini melalui google kerana dia komen pada entry terawal aku atau lebih tepat bertarikh pada Desember 2005.
halo.. mr kay.. nak tanya ckit bole x ?? hmm… napa ya laki2 ne… suka m’kong2 wanita ?? sebab apa ya ?? itu x boleh ini x boleh… susah nyer… rasa terikat lah.. nak jalan jauh pun susah, dia x bagi… alasan dia x tenang lah… huh..
-still lonely-
Aku tersenyum baca komen ni. Bukan apa, beberapa hari sebelum tu, Yonna ada bertanya satu soalan pada aku.
“Bro, kalau bro pegi mana2 ada report tak? Pegi mana2 ada bgtau gf tak? Pegi makan, pegi buang sampah, memana la… btau gf?”
Secara jujur, suatu ketika dulu, aku pernah menjadi seperti yg dimaksudkan oleh Still Lonely dan Yonna. Tapi taklah melampau sangat sampai pegi buang sampah pon nak report pada gf. Itu bagi aku tahap gila namanya.
Sekarang ni, aku lebih flexible. Gf aku boleh pergi ke mana yang dia suka asalkan dia tau jaga diri dia. Tapi just beritahu aku kalau keluar kemana-mana dan dengan siapa. Cuma nak tahu di mana aku boleh cari dia kalau aku tak dapat hubungi dia. Tapi kalau dengan keluarga, tak perlu beritahu aku. ![]()
Menjawab soalan dari Still Lonely, sebenarnya hampir kebanyakkan lelaki menganggap teman wanita sebagai hak mereka. Sebab itu ramai lelaki mengongkong teman wanita mereka. Hakikatnya, teman wanita masih lagi menjadi hak keluarganya, ibu bapanya.
Kebanyakkan lelaki yang mengongkong teman wanita ni boleh juga aku kata tidak yakin pada diri. Mereka sedar diri banyak kekurangan jika dibandingkan dengan lelaki lain, jadi mereka akan sedaya upaya mengongkong dan memastikan teman wanita mereka tidak berkenalan dengan lelaki lain yang lebih hebat dari mereka.
Pesanan untuk lelaki
Jangan melenting dengan point aku. Ini nasihat aku. Bukan mahu berlagak bagus, tapi aku menulis berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Jika kau menganggap teman wanita kau sebagai hak kau, kau silap besar. Ya, kau SILAP BESAR. Kau cintakan dia dan dia terima cinta dia tak bermaksud di hak kau. Jika kau berkahwin sekali pun, isteri itu bukan hak, tapi tanggungjawab. Hak dan tanggungjawab adalah 2 perkara yang jauh berbeza. Apatah lagi jika kau dan teman wanita kau masih tidak punya ikatan yang sah. Kau tidak punya hak untuk mengongkong.
Jika kau antara lelaki yang mengongkong teman wanita kerana kau takut teman wanita kau curang, terus terang aku katakan tindakkan kau silap. Kau pernah dengar ungkapan “If you love someone, set her free. If she come back, she is yours. If she doesn`t, she never was”? Bagi aku, ungkapan itu adalah betul. Jika kau benar-benar sayangkan teman wanita kau, biarkan dia tentukan hidupnya. Kau masih boleh beri pendapat dan nasihat. Tapi jangan sekali-kali mengongkong. InsyaAllah, dia akan berasa selesa bersama kau dan akan setia pada kau.
Jika kau terus mengongkong, teman wanita kau akan merasa bosan dan rimas. Mereka akan mencipta pelbagai alasan dan pembohongan bagi meloloskan diri dari kongkongan kau. Implikasinya, sudah tidak ada lagi kejujuran dalam perhubungan dan teman wanita kau pasti mencari lelaki yang jauh lebih baik dari kau. Ingat, setiap perhubungan perlukan kejujuran dan kepercayaan. Jangan sesekali membiarkan tindak-tanduk kau menghilangkan salah satu elemen ini.
Pesanan untuk perempuan
Jika kau rasa terkongkong, luahkan saja isi hati kau pada teman lelaki kau. Aku faham, lelaki kononnya punya ego yang tinggi. Jika kau sudah meluahkannya lebih 3 kali, aku rasa, tak ada gunanya jika kau teruskan perhubungan itu. Segeralah angkat kaki. Jika kau masih menuntut di IPT, jangan bazirkan masa kau bersama lelaki seperti ini. Lebih baik kau tumpukan perhatian pada pelajaran dan nikmati “campus life” yang hanya beberapa tahun.
Tapi jika kau seorang isteri, walaupun dengan perkahwinan tanpa kerelaan hati kau, kau perlu faham yang diri kau adalah tanggungjawab suami kau. Jangan terasa seperti di kongkong kerana setiap perbuatan kau yang boleh menyebabkan fitnah atau dosa, akan di tanggung oleh si suami. Jadi, suami berhak untuk tahu ke mana kau pergi, apa yang kau lakukan. Selagi dia tak menyuruh kau buat sesuatu yang bertentangan dengan syarak, ikut saja apa kata dia.
P/s: Aku belum kahwin, ape yang aku tulis berkaitan ngan kehidupan selepas berkahwin adalah dari apa yang aku tau dan belajar. Maafkan aku kalau aku tersilap.
P/s 2:Aku sendiri pening dgn entry ni. Kau faham ke? haha.
December 25th, 2008
Mr Kay Em Why
Posted in















