Archive for June 19th, 2008

Manusia Aneh

Pelaku seks ganjil antara tiga jalani hukuman mati

TOKYO 17 Jun – Tiga pesalah dijatuhkan hukuman mati di Jepun termasuk seorang pembunuh bersiri yang juga pelaku seks ganjil, Tsutomu Miyazaki, 45, yang mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan dan melapah sebahagian daging mangsa-mangsa tersebut.Miyazaki digelar “Pembunuh Pelik” apabila begitu obses terhadap lakaran seks kartun yang dibuatnya dan juga seorang yang gemar melihat bahan-bahan lucah.Ini menyebabkan peguam belanya mendakwa Miyazaki mempunyai masalah mental sehingga dia tidak boleh dipertanggungjawabkan atas semua perbuatannya itu.Jepun dikatakan satu-satunya negara perindustrian yang masih melaksanakan hukuman bunuh yang diterima baik di kalangan penduduknya.”Kami melaksanakan hukuman mati ini dengan memilih mereka yang akan dibunuh itu dengan penuh rasa yakin dan bertanggungjawab,” kata Menteri Keadilan, Kunio Hatoyama pada satu sidang akhbar.Miyazaki ditahan pada Julai 1989 ketika didapati sedang mengambil gambar perempuan bogel dan hasil siasatan selepas penahanannya itu telah mengejutkan rakyat Jepun. Dia mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan yang berusia empat hingga tujuh tahun di Tokyo dan daging daripada dua tubuh kanak-kanak itu dimakan oleh Miyazaki.

Dia dikatakan mengerat tubuh mangsa, tidur di sebelah mayat mangsa dan menghirup darah mereka.

Miyazaki mendakwa menulis surat kepada media dengan menggunakan nama seorang perempuan dan mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut.

Dia juga dikatakan telah mengirim kotak mengandungi anggota badan mangsa kepada keluarga kanak-kanak perempuan terbabit.

“Pembunuhan kejam terhadap empat kanak- kanak dan caranya memuaskan nafsu langsung tidak memberikannya peluang dan ruang untuk diampunkan kesalahannya itu,” kata Ketua Hakim, Tokiyasu Fujita.

Polis turut menemui hampir 6,000 pita video yang kebanyakannya mengandungi rakaman yang menyeramkan di rumah Miyazaki di Saitama dekat Tokyo.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama dua tahun, Mizayaki langsung tidak menyatakan rasa simpati dan bersalah terhadap mangsa dan keluarga mereka.

Malah dia hanya menyalahkan imej kartun, “Lelaki Tikus” yang beliau lukis sebagai bertanggungjawab terhadap perbuatannya melakukan jenayah tersebut.

Dia jua sering menjauhkan diri daripada keluarga sehingga bapanya yang tidak dapat menerima perbuatan anaknya itu, membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai pada tahun 1994 yang menurut Miyazaki beliau berasa ‘lega’ dengan tindakan bapanya itu.

Namun dalam perbicaraan kes ini, pakar sakit jiwa setuju dengan dakwaan peguam bela mengenai sakit jiwa yang dialami oleh Miyazaki.

Dua pesalah yang turut dijatuhkan hukuman mati bersama-sama Miyazaki iaitu Shinji Mutsuda dan Yoshio Yamasaki atas kesalahan membunuh. (more…)

Wazy84
Ariff Shah
The Zestful IcedNyior