AWAS! ENTRY INI TERLALU PANJANG DAN MUNGKIN BOLEH MENGAKIBATKAN MUNTAH-MUNTAH. PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA KECEDERAAN LUARAN DAN DALAMAN AKIBAT DARI MEMBACA ENTRY INI.
Dah 2 entry aku langkau entry ni. Dah sebulan berlalu since part one. Kerja yg menimbun membuatkan aku asyik tunda entry ni. Oklah, aku sambung terus cerita aku.
*********
Bila aku tau je yang aku bakal kehilangan kerja, aku terus apply pelbagai vacancy kat jobstreet.com (lagi sekali iklan ini tidak dibayar). Pihak management beri aku kelonggaran untuk surf dan search website yang ada jawatan kosong. Mereka tak lagi assign apa2 task pada aku. Tapi syarat yg perlu aku patuhi, tidak ada staff lain yg tahu hal aku dibuang kerja dan pastikan tidak ada siapa perasan aku sedang surf2 website berkenaan. Seperti ada keraguan pada syarat tersebut. Aku patuh sahaja.
Tak ada sorg pon staff lain (melainkan management team) yang tau aku diberhentikan. Bila tiba hari terakhir aku, perkara pertama aku buat bila masuk office, aku hantar e-mail menyatakan hari tersebut adalah hari terakhir aku dan aku ucapkan terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar mereka pada aku selama aku bekerja distu. Ternyata semua orang terkejut bila dpt email tu. Semua reply dgn ucapan “Good Luck” dan menyatakan perasaan terkejut mereka. Mana tidaknya. Baru masuk bulan ketiga. Ada yang aku belum sempat berkenalan. Mereka sibuk dgn tugas mereka, aku sibuk dgn tugas aku.
Waktu lunch mereka ajak lunch beramai2. Farewell party utk aku katanya. Team leader aku belanja aku. Yang lain bayar sendiri. Hahaha. Tapi masa menanti pesanan sampai, seorg dari officemate aku tiba2 suruh aku beri ucapan. Aku tergamam. Aku tak tau nak cakap apa. Mereka mintak aku terangkan kenapa aku berhenti dan aku akan bekerja di syarikat mana lepas ni. Makin aku tergamam. Muka aku pucat. Management team pun nampak menggelabah. Akhirnya salah sorg management team kata “Tak apa lah. Tak payah ucapan2″. Mereka terus borak sesama sendiri. Aku terselamat.
Keesokkannya, bermulalah hari-hari yang membosankan di rumah. Masa tuh aku baru berpindah dari rumah pakcik aku di Keramat ke Kajang. Segan aku nak menumpang lama-lama kat rumah orang walaupun pakcik sendiri. Pindah pulak kat rumah pakcik aku kat kajang tu, tiba2 aku jd penanam anggur terhomat. Agak segan jugalah. Duduk kat rumah, makan, tidur, tgk tv, keluar. Ish. Memang malu sgt kalau diikutkan. Sampai aku rasa nak pack barang dan balik segamat. Tapi bila fikir2 balik, susah kalau dpt interview call yg mengejut. Makcik aku pun asyik nasihatkan aku supaya sabar dgn dugaan ni. Ayat yang dia selalu ulang “Sabarlah. Belum ada rezeki lagi tu. Allah tak bg sekarang sebab mungkin ada rezeki yg lebih besar yg tunggu kat depan tu.”
Aku apply byk kerja kosong dekat jobstreet.com. Sangat banyak. Lebih 50 jawatan kosong kot. Semua jenis jawatan dlm IT aku balun apply. Walhal aku lebih senang dgn jawatan Web Developer. Ada juga yang aku apply guna email. Dapat dari suratkhabar. Tapi tak ada satu pun jawatan kosong yang aku apply guna email yg berbalas. Hampir satu KL aku dah pusing utk pergi interview. Kebanyakkannya area Kelana Jaya, Petaling Jaya dan Damansara. Macam jenis syarikat aku dah masuk (untuk interview). Ada syarikat yg tersenarai antara 3 syarikat terbaik di dunia. Masuk saja pejabatnya, aku dah nampak dinding di kawasan penyambut tetamu penuh dengan award. Aku jadi kecut perut dengan status company sebesar itu. Ya, aku pasti semua orang ingin bekerja di syarikat yang punya nama dan kejayaan besar. Tapi aku takut dengan tanggungjawab dan amanah yang besar. Apatah lagi dengan pengalaman aku yang agak perit bekerja dibawah orang asing. Client syarikat ni pun besar-besar. Yang disebut seperti Volkswagen, BMW dan banyak lagi. Jadi aku screwed up interview itu. Haha. Mungkin bukan sekarang masa untuk aku bekerja dengan syarikat sebesar itu. Cukupkan pengalaman dan ilmu dulu. (more…)
June 9th, 2008
Mr Kay Em Why
Posted in










