Archive for December 5th, 2005

Aura Panggilan Pulau Dalam Bilik Kecik…

Nieyh ENTRY yg kedua utk blog baru… tapi kire entry yg 1st sbb entry yg memula tuh entry bagi kategori lirik.. Malam tadi lansung tak tido… dalam kol 2 pagi Nuke ajak aku gi lepak kat klebang… Besh gak arr.. dah lama tak lepak kat tepi pantai… angin kuat gile.. sampai aku diri atas batu kat tepi pantai tuh pon bleh jatuh sbb kene tiup angin… tak cukup lagik ke berat badan aku ni?? heheh.. tapi jatuh tu bebetol sakit… terhentak kat tangan dgn kaki sebelah kanan… sampai skang rasa lagik.. pedih woo…

Kiterang lepak kat tepi pantai klebang dalam 20 minit.. pastuh gerak gi pantai puteri… dulu nama pantai tu tanjung kling kemudian diubah kepada pantai kundur dan ditukarkan lagi kepada pantai puteri… lepak situ dalam 45minit… besh layan angin laut sambil menyulam angan2… hehe…

lepas puas lepak kat pantai puteri, kiterang round kat sekitar pantai puteri & klebang… pastuh terus menuju ke melaka raya… cadang nak cari tempat lepak sambil melayan teh… pusing punye pusing tarak lagi kedai yg bukak.. tros kiterang gi ke Hang Tuah pekena teh dkt Subaidah… layan lar sampai kol 4 pagi.. pastuh terus balik umah…

Sampai umah aku tak teros tido… aku mengadap laptop try ubah setting blog baru ni sambil buat sket banner yg huduh tuh… letih… ngadap sampai kol 11 pagi baru siap… pastuh aku berhibernisasi seketika… kol 1.30ptg, munir kejut aku… ajak gi tempat tusyen… ngantuk beb.. aih.. redah gak.. tapi perot aku meragam… asyik dpt Aura Panggilan Pulau Dalam Bilik Kecik… aih.. angin dlm perut asyik berperang sehingga tercetusnya kod morse sebagai tanda dh dpt isyarat aura tersebut…

Sakit perot cam ne pon.. aku redah gak gi pusat tusyen… tp subjek yg aku kene ajar tarak lagik budak daftar… termenung lar aku sambil menunggu si munir abes ngajor… penantian itu satu penyiksaan.. tambah2 lagik dgn perut yg mula mendendangkan lagu keroncong utk perot akibat dari tindak balas angin gastrik dan jugak isyarat aura panggilan pulau dalam bilik kecik… Kesakitan pada tangan dan kaki akibat terjatuh kat klebang menambah keperitan utk meneruskan penantian…

Yang aku tau, malam ni aku nak tido awal.. sebab esok aku ade kelas pagi.. mampos kalo terskip lagik…

What Ever!!

Dua Dunia – Too Phat Feat. Ct Nurhaliza

CT :
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)

Too Phat (CT) :
Cinta itu buta
dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan

Aku cinta padamu

(Aku cinta padamu)
hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan

Ini pula cerita cinta sang pujangga
bukan arjuna sita
bukan cinta dan rangga

Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis
dengan hasrat yang indah

Kau selalu di hati
(Kau selalu di hati)
tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati

Tapi ku tak runsing
tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru

Senyuman di kaca
kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa
(Perjuangan kita sama duka mu ku rasa)

Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu (Kerna ku tahu dua dunia)
Dua dunia kita berbeza

CT :
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)

Too Phat (CT) :
Suka di kala malam termimipi-mimpi
(termimipi-mimpi)
Rindu di kala siang mencari-cari
(mencari-cari)

Kasih sebenar tidak bertukar
tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora

Dan kadangkala
hanyut bagaikan buah ara
malu sering bersua tapi jarang bersuara

Kenapa bercinta
jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata

Tersimpan hasrat
tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti

Dipegangkan janji
tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti

Sabar menanti
Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi

Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu
Dua dunia kita berbeza

CT :
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)

Too Phat & CT :
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung

Too Phat (CT) :
Cabaran menikam
kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum
walau kesedihan menyelubung

(walau kesedihan menyelubung)

Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran
(sepatah dari mu satu kesyukuran)

Tapi bila bertentang mata
tidak terbentang kata
(Kata apa saja)
iya tapi tentang apa
(iya tapi tentang apa)

Wajah mu yang cantik
Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi

Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi
(Fantasi)
Ku rasa terhoyong-hayang
Antara dua dunia
(Antara dua dunia)
Biar khayalan ku melayang
(Biar khayalan ku melayang)

CT :
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (4x)

The Zestful IcedNyior
Ariff Shah
Wazy84